Polis Bantuan (AP) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mempunyai 446 anggota Polis Bantuan yang terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan disokong oleh 4 orang pegawai awam yang mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh anggotanya.
Jabatan Polis Bantuan (AP) telah ditubuhkan pada tahun 1995 setelah diambil alih daripada Jabatan Siasatan Jenayah Keretapi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) (D3).
Pada awalnya, pasukan AP KTMB mempunyai kekuatan anggota seramai 170 orang bagi penugasan di seluruh rangkaian KTMB. Sehingga kini, kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan penumpang dan syarikat.