Pada 3 Januari 2022, anggota Polis Bantuan Cawangan Wakaf Bharu, Kelantan telah membuat tangkapan ke atas seorang pengedar daun ketum dikawasan pakir KTMB Pasir Mas, Kelantan.
Tangkapan dan barang bukti telah diserahkan ke Balai Polis Wakaf Bharu untuk tindakan pihak polis selanjutnya. Pihak polis mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota Polis Bantuan KTMB kerana dengan tertangkapnya OKT ini banyak kes-kes pengedaran daun ketum dapat di atasi.