Berdasarkan statistik di atas, bagi tahun 2023 terdapat peningkatan kadar jenayah sebanyak 27.8% berbanding tahun 2022. Pelbagai inisiatif telah diambil bagi mengelakkan sebarang pencerobohan terutama di laluan landasan berkembar bagi memastikan pengoperasian tren dapat berjalan dengan lancar.
Jumlah Tangkapan Mengikut Tahun
Jumlah tangkapan pada tahun 2023 adalah seramai 314 orang. Tangkapan tertinggi adalah menceroboh landasan, pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), kecurian kabel semboyan dan mencuri peralatan urusan jalan. Manakala tangkapan pada tahun 2022 pula adalah sebanyak 215 tangkapan.
Berdasarkan kepada Jumlah tangkapan mengikut tahun di atas, dapat diperincikan pula pecahannya mengikut kes seperti berikut :-
Jumlah Tangkapan Kes Kecurian Bagi Tahun 2023
Berdasarkan statistik di atas, jumlah tangkapan bagi kes mencuri kabel Semboyan KTMB adalah sebanyak 4 kes. Pelbagai usaha dan inisiatif telah di ambil supaya tangkapan dapat dibuat. Kes menceroboh dan kecurian boleh menyebabkan kerugian yang tinggi kepada KTMB.
Jumlah Tangkapan Lain-Lain Jenayah Bagi Tahun 2023
Statistik di atas menunjukkan jumlah tangkapan bagi lain-lain jenayah selain daripada kes kecurian. Kes menceroboh merupakan tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 273 kes dan PATI pula 14 kes.