Polis Bantuan KTMB bertanggungjawab menjaga keselamatan serta memantau aset keretapi terutama di sepanjang rangkaian bagi memastikan pengoperasian tren berjalan dengan lancar. Ianya terbahagi kepada empat wilayah iaitu Wilayah Utara, Wilayah Tengah, Wilayah Timur dan Wilayah Selatan.
Cara Memohon
Anda boleh menyertai pasukan Polis Bantuan KTMB sebagai Konstabel dengan lulus lima (5) mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), termasuk lulus Bahasa Melayu & Sejarah. Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun.
Jika anda terpilih, anda akan menjalani kursus asas di pusat-pusat latihan polis bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri.
Kenaikan Pangkat
Setiap anggota dalam perkhidmatan Polis Bantuan mempunyai peluang untuk kenaikan pangkat. Setiap anggota akan dinilai dari aspek tempoh perkhidmatan, kecemerlangan dalam tugas dan rekod perkhidmatan yang baik.