Rutin rondaan keselamatan secara berkala di kawasan perumahan termasuk kampung diyakini mampu mengurangkan kadar jenayah
Rondaan di dalam tren dilakukan bagi mencegah berlakunya sebarang jenayah.
Memastikan tiada penumpang lelaki berada di koc wanita.
Membantu golongan OKU dan wargamas menaiki/ turun tren.
2. Di Landasan
Aktiviti meronda pasti menyukarkan penjenayah meneruskan niat untuk melakukan kegiatan jenayah
Rondaan di landasan dibuat secara berpasangan bagi tujuan mencegah berlakunya sebarang kejadian tidak diingini seperti pencerobohan manusia/ binatang, baling batu, khianat, vandalism dan lain-lain jenayah disamping membuat risikan dan intipan.
3. Cegah Jenayah
Penjenayah pasti berfikir panjang untuk melakukan jenayah, kerana khuatir ditangkap sekiranya terserempak dengan pasukan rondaan
Rondaan di landasan dibuat secara berpasangan diseluruh rangkaian keretapi bagi mencegah sebarang jenayah.
Membuat risikan jenayah.
Mengadakan operasi menangkap penjenayah.
Mengadakan perbincangan dengan pihak PDRM bagi menyelesaikan kes jenayah yang berlaku di premis KTMB.
4. Rondaan Bermotor
Rondaan dilakukan itu demi untuk memastikan keselamatan harta organisasi terjamin
Dilakukan oleh anggota Polis Bantuan di setiap wilayah bagi memastikan landasan berada dalam keadaan selamat untuk pengoperasian tren.
Rondaan ini dilakukan terutamanya di kawasan yang sering berlaku jenayah.
Membantu pihak PDRM membuat rondaan sekiranya dipanggil melalui Pejabat Daerah masing-masing bagi membasmi jenayah terutamanya di kawasan KTMB.
Polis Bantuan KTMB juga bekerjasama dengan pihak PDRM dalam operasi menangkap penjenayah.
Membantu pihak PDRM membuat pemeriksaan contoh pemeriksaan di kedai besi buruk untuk tujuan pengesahan aset KTMB melalui Ops Besi Buruk.