Penternak tidak ambil serius, tren langgar ternakan
KUALA KRAI: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Wilayah Timur mencatatkan 70 kes pelanggaran membabitkan tren dan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing sepanjang jajaran di Semenanjung dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.
Ketua Komunikasi Strategik KTMB, Ahmad ‘Asri Khalbi, berkata sepanjang tahun lalu, sebanyak 121 kes tren melanggar haiwan ternakan yang direkodkan.
Katanya, pada tahun ini dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), KTMB telah mengadakan lima siri pertemuan dengan penternak iaitu di Labu dan Jempol (Negeri Sembilan), Bera (Pahang), Tapah dan Gua Musang (Kelantan).