Ketua Jabatan Polis Bantuan, DSP Zahar Bin Rahman telah menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) KTMB & MyCar pada 20 April 2021 yang diadakan di Stesen KL Sentral.
MOU ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan perantara yang lebih mesra pengguna kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan KTMB.
Pengguna KTMB boleh menggunakan perkhidmatan e-hailing MyCar dengan tawaran istimewa Kod Promo Eksklusif, iaitu KTMBEST bagi perjalanan pergi dan balik di stesen-stesen KTMB yang terpilih.