Syarikat baru-baru ini melangkah satu tapak ke hadapan dengan memperkenalkan helmet pengimbas suhu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Kaedah ini adalah tambahan kepada kaedah sedia ada seperti pengimbas suhu di stesen, hand sanitizer dan sanitasi tren.
Dengan penggunaan helmet ini, anggota Polis Bantuan (PB) yang membuat rondaan akan dapat mengesan penumpang bergejala melalui alat teknologi canggih itu.
Diharap dengan kaedah-kaedah yang dilaksanakan itu akan dapat meningkatkan keyakinan para penumpang untuk menggunakan perkhidmatan KTMB.
Penggunaan helmet ini masih di peringkat percubaan bagi menilai keberkesan dan kesesuaian kepada anggota PB.