Pada 18 Jun 2022 (Sabtu), Ketua Jabatan Kejuruteraan & Penyenggaraan Stokereta (RSME) telah menganjurkan satu pertandingan futsal bagi merebut piala Ketua Jurutera. Dalam pertandingan ini Jabatan Polis Bantuan telah melayakkan diri ke perlawanan akhir dan telah menduduki tempat kedua setelah kalah kepada Depoh Batu Gajah dengan keputusan 3 – 4. Terima kasih diucapkan kepada anggota yang terlibat sehingga menaikkan nama Polis Bantuan ke peringkat yang lebih tinggi. Tahniah diucapkan.