Jumlah Jenayah Mengikut Tahun
Berdasarkan statistik di atas, bagi tahun 2022 terdapat peningkatan kadar jenayah sebanyak 27.7% berbanding tahun 2021. Pelbagai inisiatif telah diambil bagi mengelakkan sebarang pencerobohan terutama di laluan landasan berkembar bagi memastikan pengoperasian tren dapat berjalan dengan lancar.
Jumlah Tangkapan Mengikut Tahun
Jumlah tangkapan pada tahun 2022 adalah seramai 215 orang. Tangkapan tertinggi adalah menceroboh landasan, pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), kecurian kabel semboyan dan mencuri peralatan urusan jalan. Manakala tangkapan pada tahun 2021 pula adalah sebanyak 438 tangkapan.
Berdasarkan kepada Jumlah tangkapan mengikut tahun di atas, dapat diperincikan pula pecahannya mengikut kes seperti berikut :-
Jumlah Tangkapan Kes Kecurian Bagi Tahun 2022
Berdasarkan statistik di atas, jumlah tangkapan bagi kes mencuri kabel Semboyan KTMB adalah sebanyak 8 kes. Pelbagai usaha dan inisiatif telah di ambil supaya tangkapan dapat dibuat. Kes menceroboh dan kecurian boleh menyebabkan kerugian yang tinggi kepada KTMB.
Jumlah Tangkapan Lain-Lain Jenayah Bagi Tahun 2022
Statistik di atas menunjukkan jumlah tangkapan bagi lain-lain jenayah selain daripada kes kecurian. Kes menceroboh merupakan tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 148 kes dan PATI pula 38 kes.