Pemberitahuan: Ingat! Sentiasa patuhi SOP COVID-19, basuh tangan, jaga jarak fizikal, pakai pelitup muka dan duduk di rumah.
Polis Bantuan KTMB (Auxiliary Police KTMB)
  • Berita Semasa
  • Tentang Kami
    • Latar Belakang
    • Ketua Polis Bantuan
  • Tugasan
    • Kawalan
    • Pemantauan
    • Rondaan
    • Eskot
  • Maklumat
    • Nasihat Perjalanan
    • Aduan & Cadangan
    • Akta & Perundangan
    • Statistik Jenayah
    • Sertai Polis Bantuan
    • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
    • Ibu Pejabat Polis Bantuan
    • Wilayah Utara
    • Wilayah Tengah
    • Wilayah Selatan
    • Wilayah Timur
    • Hilang Barang

Hotline:

+603-22631194

999

Logo

Hotline:

+603-22631194

999

Contact Info

  • Pusat Penyaluran & Pengumpulan Maklumat,
  • Pejabat Polis Bantuan, Ibu Pejabat Korporat KTMB,
  • Jalan Sultan Hishamuddin, 50621 Wilayah Persekutuan,
  • Kuala Lumpur.
  • +603-22631194
  • Talian: 999
  • pppm@ktmb.com.my

02/02/2021

  • berita
  • 0 comments

PKP: Perkhidmatan kereta api diteruskan

KUALA KRAI: Perkhidmatan kereta api di Hulu Kelantan tetap diteruskan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) biarpun sambutan rakyat tidak mengalakkan.

Malah, sistem pengangkutan yang mula digunakan sebelum zaman kemerdekaan itu, disifatkan sangat penting kerana membantu masyarakat melakukan urusan harian.

Melihat kepada situasi itu, Pengurus Wilayah Timur Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Roslan Ibni Tajri berkata, operasi keretapi berjalan seperti biasa ketika pelaksanaan PKP.

“Situasi ini tidak sedikit pun melemahkan semangat walaupun sepanjang pelaksanaan PKP ini menyebabkan penumpang dan pengguna keretapi ini berkurangan.

“Perkhidmatan kita diteruskan kerana ia merupakan satu keperluan (yang) sangat penting bagi penduduk (yang) sukar menggunakan jalan raya (kerana) jauh serta kos tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan serta melihat sendiri operasi kereta api antara bandar di sini, semalam.

Perjalanan selama lapan jam dari Tumpat ke Gua Musang setiap hari itu, tidak sedikitpun melunturkan semangat lebih 100 kakitangan yang bertugas.

Mereka menyelia keselesaan penumpangan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan diatas 227 kilometer jalan membabitkan 11 stesen dan 22 hentian.

Malah ketika PKP ini katanya, KTMB menjalankan perkhidmatan tempatan bermula Tumpat dan berakhir Kuala Lipis, selain membatalkan Ekspress Rakyat Timuran.

Katanya, bagi mematuhi SOP sekarang, setiap gerabak hanya dibenarkan untuk menerima 50 penumpang yang terdiri daripada penjawat awam dan pelajar sekolah.

“Ketika PKP tahun lalu, setiap gerabak hanya membawa lima penumpang dan sejak PKPB dilaksanakan lebih 50 atau lebih penumpang dibenarkan setiap hari, sedikit kelonggaran.

“Sekarang, PKP purata kira-kira 50 penumpang dengan menggunakan dua gerabak setiap hari berbanding hampir 300 penumpang ketika empat gerabak disediakan,” katanya.

– HARAKAHDAILY 2/2/2021

Kongsi Berita Ini di Laman Sosial Anda :

Leave a Comment Cancel Reply

Your email address will not be published.*

Berita Semasa

0 comments
TANGKAPAN KE ATAS DUA ORANG SUSPEK DI BENGKEL HARTANAH IPOH
0 comments
TANGKAPAN KE ATAS DUA ORANG SUSPEK YANG MENCURI PERALATAN SEMBOYAN
0 comments
LATIHAN SERBUAN KERETAPI DI DEPOH ETS, KTM BERHAD, BATU GAJAH, PERAK

Gambar Pilihan

  • Kebajikan awam diambil perhatian
  • Tangkapan Jenayah Oleh Polis Bantuan

Video Pilihan

  • Geng 4G Tumpas
  • Ucapan tahun baharu 2021 oleh Ketua Pegawai Eksekutif KTMB

Archives

  • April 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • October 2020
  • February 2020

2021 Polis Bantuan (AP) Keretapi Tanah Melayu Berhad