OPERASI MENEMBAK KHINZIR BERSAMA JABATAN PERHILITAN
Pada 17 Oktober 2022, tiga (3) orang anggota Polis Bantuan dan tiga (3) orang pegawai KTMB telah mengadakan satu operasi menembak khinzir bersama Jabatan Perhilitan Kuala Gula, Kuala Kurau, Perak.
Operasi tembak khinzir ini telah dilakukan bagi sektor Taiping – Bkt Merah dengan menggunakan dua (2) buah troli dan empat (4) laras senapang. Operasi bermula pada jam 2230hrs dan telah berjaya menembak enam (6) ekor khinzir. Kejayaan ini telah dapat meminimakan kes langgar khinzir di laluan tersebut.