OPERASI MENEMBAK KHINZIR BERSAMA JABATAN PERHILITAN TAPAH
Pada 17 & 21 Jun 2022, Jabatan Polis Bantuan telah mengadakan operasi menembak khinzir di laluan Kampar – Slim River dan Taiping – Kuala Kangsar bersama pihak Jabatan Perhilitan Tapah dan Kuala Kangsar. Operasi ini juga disertai oleh Jabatan Kejuruteraan Landasan dan Pengurus Wilayah Utara. Kedua-dua operasi ini diadakan dari jam 2200 – 0500. Dalam operasi tersebut telah berjaya menembak enam (6) ekor khinzir di berlainan tempat. Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada jabatan yang terlibat dalam menjayakan operasi ini. Ia juga dapat mengurangkan kemalangan melanggar khinzir di laluan tersebut.