Pada 1 Jun 2022 – 3 Jun 2002, seramai 34 orang anggota Polis Bantuan dari seluruh cawangan di Malaysia telah mengikuti Kursus Pemantapan Siasatan Jenayah yang diadakan di Akademi KTM, Batu Gajah (MyRA). Kursus ini diadakan bagi menambah ilmu pengetahun dalam membuka kertas siasatan dan cara-cara mengendalikan siasatan jenayah. Kursus ini telah berjaya dilaksanakan oleh semua pegawai yang terlibat dengan mendapat Sijil Penyertaan daripada pihak MyRA yang disampaikan oleh Tn. James Oliver Warren, Ketua Akademi KTM.