Pemberitahuan: Ingat! Sentiasa patuhi SOP COVID-19, basuh tangan, jaga jarak fizikal, pakai pelitup muka dan duduk di rumah.          ||          Perkhidmatan KTM Komuter & ETS Kembali Beroperasi Seperti Biasa. Kerja Baik Pulih Landasan Antara UKM & Bangi Telah Selesai Dijalankan.
Polis Bantuan KTMB (Auxiliary Police KTMB)
  • Berita Semasa
  • Tentang Kami
    • Latar Belakang
    • Ketua Polis Bantuan
  • Tugasan
    • Kawalan
    • Pemantauan
    • Rondaan
    • Eskot
  • Maklumat
    • Nasihat Perjalanan
    • Aduan & Cadangan
    • Akta & Perundangan
    • Statistik Jenayah
    • Sertai Polis Bantuan
    • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
    • Ibu Pejabat Polis Bantuan
    • Wilayah Utara
    • Wilayah Tengah
    • Wilayah Selatan
    • Wilayah Timur
    • Hilang Barang

Hotline:

+603-22631194

999

Logo

Hotline:

+603-22631194

999

Contact Info

  • Pusat Penyaluran & Pengumpulan Maklumat,
  • Pejabat Polis Bantuan, Ibu Pejabat Korporat KTMB,
  • Jalan Sultan Hishamuddin, 50621 Wilayah Persekutuan,
  • Kuala Lumpur.
  • +603-22631194
  • Talian: 999
  • pppm@ktmb.com.my

27/12/2020

  • berita
  • 0 comments

Kereta api lima gerabak dari Gemas tergelincir

JOHOR BAHRU: Sebuah kereta api dari Gemas ke Johor Bahru yang membawa 24 penumpang dan empat staf tergelincir dari landasan di kilometer 752.75 (arah selatan) berhampiran Kampung Kurnia, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata kejadian jam 7.49 malam itu melibatkan lima gerabak iaitu tiga gerabak penumpang, satu gerabak generator dan satu gerabak enjin.

Mohd Padzli memaklumkan kesemua penumpang dan staf Keretapi Tanah Melayu itu (KTM) tidak mengalami kecederaan dan mangsa terlibat telah dipindahkan menaiki bas untuk meneruskan perjalanan ke JB Sentral.

Sementara itu, KTM memaklumkan landasan yang terletak berhampiran projek landasan berkembar telah mendap terlebih dahulu sebelum kereta api melaluinya.

Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Rani Hisham Samsudin berkata ketika ini perkhidmatan tren akan ditamatkan di Stesen Kempas Bahru sementara kerja-kerja pemulihan trek dijalankan di kawasan terbabit.

Pihak KTMB dalam pada itu memohon maaf kepada penumpang terlibat dalam kejadian itu dan sebarang maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Astro Awani

Kongsi Berita Ini di Laman Sosial Anda :

Leave a Comment Cancel Reply

Your email address will not be published.*

Berita Semasa

0 comments
Suntikan Imunisasi COVID-19
0 comments
Perjumpaan Dan Dialog Bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Ipoh
0 comments
Latihan Paskal Di Jambatan Victoria, Kuala Kangsar

Gambar Pilihan

  • Kebajikan awam diambil perhatian
  • Tangkapan Jenayah Oleh Polis Bantuan

Video Pilihan

  • Geng 4G Tumpas
  • Ucapan tahun baharu 2021 oleh Ketua Pegawai Eksekutif KTMB

Archives

  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • October 2020
  • February 2020

2021 Polis Bantuan (AP) Keretapi Tanah Melayu Berhad