CURI REL LANDASAN KERETAPI DI STESEN SILIAU, PORT DICKSON NEGERI, SEMBILAN
Pada 22 Disember 2021, lanjutan aduan daripada Peronda Landasan, KTMB terdapat empat (4) orang lelaki yang sedang memotong rel di Stesen Siliau.
Tindakan segera anggota Polis Bantuan, Seremban telah dapat menangkap tiga (3) orang OKT yang sedang memuatkan besi rel ke dalam lori. Manakala seorang lagi dapat melepaskan diri dengan berlari ke dalam belukar.
Semua tangkapan bersama barang kes sebanyak dua puluh tujuh (27) batang rel keretapi (20 ton) telah diserahkan ke Balai Polis Port Dickson untuk tindakan selanjutnya.
Dengan tertangkapnya OKT ini, ia dapat menyelesaikan banyak kes kecurian di laluan Seremban ke Port Dickson.
1 Comment
MUHAMMAD ALIF FIRDAUS BIN MOHD TARMIZI 22/12/2021
Ok