Gerabak dan lokomotif tergelincir di Segamat, semua penumpang selamat
KUALA LUMPUR: Semua penumpang dan kakitangan selamat serta tidak mengalami kecederaan apabila sebuah kereta api tergelincir berhampiran Stesen Genuang di Segamat pada 2.40 pagi Khamis.
Tren yang membawa 10 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di KM 595 iaitu kira-kira lima kilometer dari Stesen Genuang. “Kegelinciran bagaimanapun hanya melibatkan dua gerabak dan satu lokomotif.
Terdapat sedikit kelewatan dijangka akan berlaku di sektor selatan antara Gemas dan Johor Bahru. Ia disebabkan semua tren yang melalui kawasan kejadian telah diarahkan untuk memperlahankan kelajuan. Pihak KTMB memohon maaf kepada para penumpang yang terlibat dalam kejadian itu.
Siasatan turut membabitkan badan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).