Pada 5 Ogos 2021 seorang anggota yang membuat kawalan ketibaan tren SCS di Stesen Tg. Malim telah menjumpai beg galas berisi dadah jenis syabu yang ditinggalkan oleh penumpang. Pada 6 Ogos 2021, seorang lelaki datang ke Stesen Tg. Malim untuk menuntut beg tersebut dan mengaku beg galas tersebut adalah miliknya. Anggota bertugas terus membuat tangkapan ke atas lelaki tersebut dan suspek telah dibawa ke Balai Polis Tg. Malim untuk tindakan selanjutnya.